Saturday, 12 January 2013

ALLAH : TUHAN SELURUH ALAM


  1. Kalau kita perhatikan perkataan Allah adalah satu perkataan yang amat unik. Perkataan Allah tidak perlu diterjemahkan. Sebut sahaja perkataan Allah, maka seluruh manusia tahu, Allah adalah merujuk kepada tuhan yang maha berkuasa ke atas seluruh alam. 
  2. Dalam apa jua bahasa, perkataan Allah tetap menjadi Allah. Allah tidak boleh diterjemahkan dalam apa juga bahasa. God adalah tuhan. Lord adalah tuhan. Begitu juga dewa-dewa dan sebagainya. Perkataan God, Lord, Dewa dan sebagainya hanya merujuk kepada tuhan bukannya kepada Allah.
  3. Persoalannya mengapa baru sekarang DAP mahu menggunakan Allah dalam bible versi bahasa Melayu. Sedangkan bible bukan kitab Allah. Kitab Allah adalah Injil. Itupun sebelum turunnya Al-Quran. Dengan turunnya Al-Quran, Injil terbatal dengan sendirinya. Malah, Allah memerintahnya, semua manusia yang beriman hendaklah beriman dengan ajaran Al-Quran.
  4. Sekali kita pandang, seperti DAP mula menyokong Hudud perjuangan PAS. Hudud yang diolah semula oleh ulamak PAS. Pada saya, DAP mula menunjukkan kesan positif dan akhirnya akan menyokong hudud PAS ini. 
  5. Perjuangan menggunakan kalimah Allah ini akan berterusan. Saya percaya Pembangkang akan menukar rukunegara daripada Kepercayaan kepada Tuhan kepada Kepercayaan kepada Allah. Jika bukan dari DAP, perjuangan ini pastinya akan datang dari PAS atau PKR.
  6. PAS menyokong isu ini kerana para pemimpin PAS percaya pemimpin DAP mula menerima dakwah PAS. PKR pula hanya mendesak PAS untuk mengeluarkan fatwa menyokong. Mungkin satu hari nanti, DAP akan menjadi parti Cina Muslim terbesar di dunia dan parti ini bermula di Malaysia. 
  7. Menerima Allah sebagai tuhan sebenarnya adalah langkah pertama. Langkah kedua adalah menerima perintah Allah melalui Al-Quran. Langkah ketiga adalah menerima sunnah dan ajaran Baginda Rasulallah SAW. Langkah seterusnya adalah memeluk ajaran Islam. 
  8. Kalimah Allah tidak boleh digunakan untuk mencemari ajaran Islam. Ini kerana Allah sendiri berfirman..Sesungguhnya tidak ada agaman di sisi Allah selain dari Islam. Maka, saya amat yakin, jika bible Bahasa Melayu menggunakan perkataan Allah sebagai rujukan kepada tuhan, tindakan ini hanya akan mendedahkan kekurangan kitab itu sendiri.
  9. Saya sebenarnya tidak menyokong tindakan ini. Namun saya juga tidak menentang. Saya percaya pengakhiran satu perjuangan adalah kebenaran. Tidak kira tujuan dan niat perjuangan, akhirnya adalah sebuah kebenaran.
  10. Orang Islam sendiri kadang-kadang tidak tahu maksud Allah. Orang Islam sendiri kadang-kadang tidak tahu maksud Islam. Tapi saya percaya, orang Islam tetap dapat membezakan yang mana Islam dan yang mana kufur. Segala bermula dengan niat. ADIOSSSSS

No comments:

Post a Comment